Favourite Things

  • List

Wednesday, March 3, 2010

ISTERI, IBU DAN PEKERJA

Peranan perempuan sekarang bukannya sikit. Kalau dulu wanita hanya di rumah tp kini zaman dah berubah. Kebanyakan perempuan sekarang bekerja. Ringkas kata, dialah ibu, dialah isteri, dialah pekerja malah ada juga dialah ayah kepada sesebuah keluarga. Cukup kah masa kita semua? Memang memenatkan! dan masa terasa begitu pantas dalam sehari.

Semalam ( hari2 lain pun sama) balik kerja pukul 5ptg, terus ke dapur memasak. Mujurla anak-anak dan suami tak cerewet pasal makan. Tomyam putih dan ikan goreng plus budu dah cukup menyelerakan. Balik kerja bukan masa untuk berehat, malah dlm kereta lagi dah ada di fikiran nak masak apa, pas tu nak buat apa dan seterusnya. Dalam satu  masa, 3 atau 4 aktiviti lain sama bergerak. Sambil memasak, sibuk mengambil pakaian di ampai dan mula memasukkan pakaian lain untuk dibasuh pulak.

Lepas solat maghrib, baru makan. Seperti biasa makanan kena hidang utk anak-anak dan suami. Saya cuma hirup tomyam sahaja..diet kann..hehe. Then aktiviti mengemas perlu diteruskan. Siap ngemas, kena iron baju pulak. After that, kena tengok anak buat homework. Faris mengadu homework terlalu banyak, minta ibu tolong buatkan separuh..haa amacam? Nak tak nak tolong jugak la sebab sian tengok anak. Dia pun letih sama seperti saya. Dari pagi sekolah, pukul 3.40ptg baru abis kelas kafa, then transit plak untuk ngaji quran hingga pukul 5. Malam pulak terpaksa siapkan homework. Pukul 11.00 anak-anak dah nyenyak dibuai mimpi.

Ibu buat apa lagii? Belum abiss keja..lepas tengokkan homework anak, susun jadual sekolah Aish dan Aisya beserta beg untuk ngaji quran. Ingatkan dah settle semua, rupanya baju sekolah anak yang dipakai setiap hari kena basuh tangan plak. Pukul 11.00 malam dok membasuh lagi..sehingga bila semua kerja beres..tengok2 jam dah pukul 12.00 tengah malam.

Ya Allah..letihnya hanya Kau yang tahu. Ketika letih ni memang menuntut banyak kesabaran. Di saat ini juga terkenang kisah Fatimah mengadu pada ayahandanya Rasullullah betapa letihnya Fatimah menguli tepung dan meminta agar disediakan 'orang gaji'. Rasulluh menyuruh Fatimah berbanyak bersabar dan mengajar beliau ayat2 yang perlu dibaca yang dinamakan Tasbih Fatimah. Ayuh..kita amalkan tatkala hari rasa begitu sedih, letih, stress dan menuntut kesabaran yang bukan sedikit.

Tidak dapat dinafikan pengorbanan seorang ibu bukan sedikit..Kini ku fahami jerit perit SEORANG IBU dalam membesarkan kami 7 beradik tidak terbalas walaupun dicurah segunung emas permata. Alhamdulilah, atas NikmatMu Ya Allah, aku diberi kesempatan untuk terus berbakti pada Ibuku..sehingga apa yang mak inginkan, Insya Allah akan ku usahakan juga untuk memenuhinya.  

Ketemu Lagi... 

Sunday, February 28, 2010

Kursus + Kerja

Alhamdulillah, saya baru balik kursus 4 hari di Crystal Crown Hotel, Klang dan hari dah mula masuk kerja. Tapi, betul2 spoil coz i tertinggal ubat kat umah plak. Mujurla rumah i tak jauh sangat ngan opis lebih kurang 11km je la. So, bergegas pulang ambil ubat dan datang semula coz ada class at 10.15am. Datang opis hari ni memang sibuk maklumla dah lama bercuti.

 Kursus yang i pergi tu berkaitan 'Problem Solving & Decision Making'. Seronok gak. At first, bila nama naik kena g kursus memang rasa macam terpaksa jer..malasnye tak tau nak cakap. Actually dalam hidup kita should always think positive, coz think positive will effect to the positive reaction too.

Okey, think positive always.

Saturday, February 27, 2010

Medical Check-Up

Salam Sejahtera semua,

Alhamdulillah, bersyukur atas nikmat sihat yang Allah kurniakan. Sehingga hari ini beberapa sesi medical check up telah pun dibuat. Since 7 Feb 2010 baru ni, blood pressure saya betul2 tinggi. I was so panic coz there is no symptom even though bp reading very high. Pukul 12 tgh mlm, g husm ngan hubby. Doctor bagi ubat, check mata n genggaman fizikal, then buat ECG (jantung). Alhamdulillah, semuanya ok. Doctor cuma suruh rest, kul 3 pagi baru balik umah.

10 feb 2010-Appointment doktor di kkkl plak. Again doktor check mata takut berlaku pendarahan di retina akibat tekanan darah tinggi. Dari mata kasar, tak ada yg berlainan dr biasa. However, doctor asked me to check out at kkk on 4th Mac nie plak. Doktor terpaksa tambah dos dari enalapril 5mg daily to amlo10mg. Since 7hb Feb, memang berdisiplin ambil ubat. Takut? ya memang takut, malah amat takut.

Ya Allah, berilah kekuatan untuk aku hadapi dugaan ini. Actually, high bp masih boleh di kawal melalui diet dan senaman disamping ambil ubat sokmo. Tapi itulah masalah yang paling besar buat diriku. Aku memang kurang disiplin. Dah tak tahu nak buat macam mana lagi supaya saya lebih nekad dan berdisiplin jaga kesihatan diri. Akhirrnya...terlintas di fikiran nak create blog specially for diet and health.

Ayuhdiet adalah pilihan tepat  buat saya. Nak tahu kenapa? Yup..disinilah saya boleh mencatatkan diari kesihatan saya untuk dikongsi bersama. Terus terang, malu sangat kalu kengkawan tahu, sebab dah lama dok habaq pasai nak diet tp dok tera tue jugakla.., tak berubah! hehhehe..takpe tak marah punnn. That's why la i create ayuhdiet nie! so that, tentula i malu pada u all semua n malu pada diri i jugak kan!kan!

17 Feb 2010-pagi lagi p ambil darah kat lab kkkl. Setiap kali nak ambil darah memang susah betoi nak carik urat kat lengan...kata doc terlalu halus urat, tak nampak. At last, sokmo kena amik kat atas tangan. Sakit le sikit kalu amik kat situ. Actually amik darah tu utk check kolesterol and kidney. Next appointment i pada 17 Mac plak. Continue amik ubat utk tempoh sebulan lagi.

Nampaknye setakat nie dulu catatan utk hari ni. Ayuhdiet bersama-sama saya. Oops..lupa nak kongsi, dari tarikh 10hb hingga hari ni 27 feb 2010, berat i dah turun 2kg tau! syok sangat..hehe. Meh ler kongsi cerita dengan saya.

Monday, February 15, 2010

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan Anda

Sebut pasal diet, pasti terlintas di fikiran..nak kurus! kurus! kurus!. Tapi actually Ayuh Diet! ingin mengajak anda semua bersama-sama saya membulatkan tekad meningkatkan azam agar impian diet bukan sekadar di bibir dan bertahan untuk seketika, tapi lebih daripada itu. Saya sendiri telah gagal merealisasikan impian diet berpuluh-puluh kali..dan diet yang saya maksudkan tidak lain HANYA UNTUK KESIHATAN BERPANJANGAN.

Tambahan faktor umur yang semakin meningkat, metabolisme semakin rendah, senaman fizikal telah lama tak dibuat, ketika inilah 'musuh' mula menjadi kawan. Penyakit 'tiga serangkai' amat ditakuti, tapi nasihat doktor jarang didengari. Ketika rasa sakit baru teringat ubat, ketika rasa sihat ubat ditinggalkan terus...sampai bila harus begini?? Takkan nak tunggu hingga terlantar tak berupaya, baru nak ikut nasihat doktor??

Bangunlah semua! Ayuh bersama-sama saya kita tekadkan azam untuk sama-sama menjaga anugerah ALLAH s.w.t. yang tiada nilainya ini. Nikmat SIHAT tiada tandingnya berbanding wang ringgit, pangkat, darjat dan sebagainya. Punca semua penyakit bermula dari PERUT. Justeru, awasilah apa yang kita makan agar tak menyesal kemudian hari.


Semoga bertemu lagi. Salam Sejahtera & AyuhDiet bersama-sama saya.