Favourite Things

  • List

Wednesday, March 3, 2010

ISTERI, IBU DAN PEKERJA

Peranan perempuan sekarang bukannya sikit. Kalau dulu wanita hanya di rumah tp kini zaman dah berubah. Kebanyakan perempuan sekarang bekerja. Ringkas kata, dialah ibu, dialah isteri, dialah pekerja malah ada juga dialah ayah kepada sesebuah keluarga. Cukup kah masa kita semua? Memang memenatkan! dan masa terasa begitu pantas dalam sehari.

Semalam ( hari2 lain pun sama) balik kerja pukul 5ptg, terus ke dapur memasak. Mujurla anak-anak dan suami tak cerewet pasal makan. Tomyam putih dan ikan goreng plus budu dah cukup menyelerakan. Balik kerja bukan masa untuk berehat, malah dlm kereta lagi dah ada di fikiran nak masak apa, pas tu nak buat apa dan seterusnya. Dalam satu  masa, 3 atau 4 aktiviti lain sama bergerak. Sambil memasak, sibuk mengambil pakaian di ampai dan mula memasukkan pakaian lain untuk dibasuh pulak.

Lepas solat maghrib, baru makan. Seperti biasa makanan kena hidang utk anak-anak dan suami. Saya cuma hirup tomyam sahaja..diet kann..hehe. Then aktiviti mengemas perlu diteruskan. Siap ngemas, kena iron baju pulak. After that, kena tengok anak buat homework. Faris mengadu homework terlalu banyak, minta ibu tolong buatkan separuh..haa amacam? Nak tak nak tolong jugak la sebab sian tengok anak. Dia pun letih sama seperti saya. Dari pagi sekolah, pukul 3.40ptg baru abis kelas kafa, then transit plak untuk ngaji quran hingga pukul 5. Malam pulak terpaksa siapkan homework. Pukul 11.00 anak-anak dah nyenyak dibuai mimpi.

Ibu buat apa lagii? Belum abiss keja..lepas tengokkan homework anak, susun jadual sekolah Aish dan Aisya beserta beg untuk ngaji quran. Ingatkan dah settle semua, rupanya baju sekolah anak yang dipakai setiap hari kena basuh tangan plak. Pukul 11.00 malam dok membasuh lagi..sehingga bila semua kerja beres..tengok2 jam dah pukul 12.00 tengah malam.

Ya Allah..letihnya hanya Kau yang tahu. Ketika letih ni memang menuntut banyak kesabaran. Di saat ini juga terkenang kisah Fatimah mengadu pada ayahandanya Rasullullah betapa letihnya Fatimah menguli tepung dan meminta agar disediakan 'orang gaji'. Rasulluh menyuruh Fatimah berbanyak bersabar dan mengajar beliau ayat2 yang perlu dibaca yang dinamakan Tasbih Fatimah. Ayuh..kita amalkan tatkala hari rasa begitu sedih, letih, stress dan menuntut kesabaran yang bukan sedikit.

Tidak dapat dinafikan pengorbanan seorang ibu bukan sedikit..Kini ku fahami jerit perit SEORANG IBU dalam membesarkan kami 7 beradik tidak terbalas walaupun dicurah segunung emas permata. Alhamdulilah, atas NikmatMu Ya Allah, aku diberi kesempatan untuk terus berbakti pada Ibuku..sehingga apa yang mak inginkan, Insya Allah akan ku usahakan juga untuk memenuhinya.  

Ketemu Lagi...