Favourite Things

  • List

Monday, February 15, 2010

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan Anda

Sebut pasal diet, pasti terlintas di fikiran..nak kurus! kurus! kurus!. Tapi actually Ayuh Diet! ingin mengajak anda semua bersama-sama saya membulatkan tekad meningkatkan azam agar impian diet bukan sekadar di bibir dan bertahan untuk seketika, tapi lebih daripada itu. Saya sendiri telah gagal merealisasikan impian diet berpuluh-puluh kali..dan diet yang saya maksudkan tidak lain HANYA UNTUK KESIHATAN BERPANJANGAN.

Tambahan faktor umur yang semakin meningkat, metabolisme semakin rendah, senaman fizikal telah lama tak dibuat, ketika inilah 'musuh' mula menjadi kawan. Penyakit 'tiga serangkai' amat ditakuti, tapi nasihat doktor jarang didengari. Ketika rasa sakit baru teringat ubat, ketika rasa sihat ubat ditinggalkan terus...sampai bila harus begini?? Takkan nak tunggu hingga terlantar tak berupaya, baru nak ikut nasihat doktor??

Bangunlah semua! Ayuh bersama-sama saya kita tekadkan azam untuk sama-sama menjaga anugerah ALLAH s.w.t. yang tiada nilainya ini. Nikmat SIHAT tiada tandingnya berbanding wang ringgit, pangkat, darjat dan sebagainya. Punca semua penyakit bermula dari PERUT. Justeru, awasilah apa yang kita makan agar tak menyesal kemudian hari.


Semoga bertemu lagi. Salam Sejahtera & AyuhDiet bersama-sama saya.

1 comment:

  1. yoler..kalu doh asyik nak kuruh jerk..tp semua telan cmner perut nak kompih..hikhikhik..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana mengomen: